PIAGAM PELANGGAN
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH RAUB
Warga Pejabat Pendidikan
Daerah Raub bertekad, beriltizam dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga
dan usaha untuk:
- Memberikan layanan mesra dan perkhidmatan yang terbaik kepada setiap pelanggan dan pemegang taruh.
- Mengeratkan hubungan kemanusiaan dengan memberi layanan cemerlang kepada pelanggan menerusi konsep mesra, adil tanpa mengira rakan, agama, bangsa dan keturunan.
- Memastikan perkhidmatan kaunter yang mesra, cekap dan responsif terhadap kehendak semua pelanggan.
- Memastikan maklum balas setiap urusan dalam masa 3 hari bekerja.
- Memastikan setiap kes aduan diuruskan dalam tempoh 7 hari bekerja.
- Memastikan pertukaran, penempatan serta rayuan pertukaran dan penempatan pelajar diselesaikan dalam tempoh 3 hari bekerja.
- Memastikan infrastruktur serta prasarana sekolah disediakan dengan baik.
- Memastikan bayaran bil dan invois yang lengkap dibuat tidak melebihi empat belas (14) hari dari tarikh penerimaan.
- Meningkatkan kecekapan serta akauntibiliti dalam aspek pengurusan kewangan dan pembayaran tuntutan kepada pelanggan.
- Memastikan semua kakitangan mengamalkan pengurusan pentadbiran yang berkualiti.
- Memastikan semua kakitangan bertanggungjawab kepada semua keputusan dan tindakan.
- Memastikan urusan dan keputusan dilaksanakan secara integriti, telus, adil dan bertanggungjawab.
- Memastikan semua kakitangan berupaya dan sentiasa bersedia memberi maklumat dan penerangan dengan tepat, cepat dan terkini kepada pelanggan dan pemegang taruh.
- Menerima teguran konstruktif daripada semua pihak bagi mempertingkatkan kualiti perkhidmatan.
- Menyediakan data dan maklumat asas yang tepat serta sahih.
- Memastikan pelanggan dan pemegang taruh berpuashati apabila berurusan di Pejabat Pendidikan Daerah Raub.
No comments:
Post a Comment